Ini adalah dasar privasi ("Dasar Privasi") Fave dan anak-anak syarikatnya, ahli-ahli gabungannya, jenama-jenamanya, syarikat-syarikat/jenama-jenama berkaitan dan/atau bersekutu dan entiti yang dikawal bersama dengannya (termasuk semua pemegang saham, pengarah, pekerja, pembekal, kontraktor dan/atau orang yang mempunyai kebenaran) (secara kolektif dirujuk sebagai "Fave”, "kami", "kita" atau "kepunyaan kami"). Fave berkomited untuk menghormati dan melindungi privasi anda dalam talian. Dasar Privasi ini menerangkan amalan kami mengenai pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyimpanan, pemindahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda.
Dasar Privasi ini terdiri sebagai sebahagian daripada Syarat-Syarat Penggunaan Fave. Akses anda ke Platform ini dan/atau penggunaan Perkhidmatan ini adalah tertakluk pada Syarat-Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi ini. Kecuali ditakrifkan secara khusus dalam Dasar Privasi ini, istilah yang ditakrifkan hendaklah mempunyai makna yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Syarat-Syarat Penggunaan.
Bagi memproses, mentadbir dan/atau mengurus hubungan anda dengan pihak kami, kami semestinya perlu mengumpul, menggunakan, mendedah, menyimpan, memindah dan/atau memproses data peribadi anda. Dasar Privasi ini terpakai pada data peribadi berkenaan anda dan/atau individu lain yang dibekalkan oleh anda, yang kami miliki atau yang kami perolehi mengenai anda, sama ada kini atau pada masa depan. Kami hanya akan memproses data peribadi anda dalam cara yang selaras dengan undang-undang perlindungan data peribadi dan privasi yang terpakai di negara-negara di mana kami beroperasi dan Dasar Privasi ini.
Sekiranya anda adalah sebuah syarikat, entiti atau organisasi, rujukan kepada istilah "anda" dan "kepunyaan anda" juga merangkumi pekerja, wakil dan ejen anda.
Dengan mengakses, melayari, memuat turun dan/atau menggunakan Platform dan/atau Perkhidmatan kami, atau dengan berurusan dengan kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini dan bersetuju untuk membenarkan kami untuk memproses data peribadi anda menurut cara yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, sebagaimana yang boleh dipinda dari semasa ke semasa.
Kami boleh menyemak semula atau mengemaskini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan versi yang telah disemak semula/dikemas kini di Platform. Kecuali dinyatakan sebaliknya, sebarang penyemakan atau pengemaskinian akan berkuatkuasa dengan serta merta. Akses dan/atau penggunaan anda yang berterusan di Platform dan/atau Perkhidmatan kami atau dengan berurusan dengan kami selepas penyemakan atau pengemaskinian terhadap Dasar Privasi ini membentuk pengakuan dan penerimaan yang mengikat anda terhadap Dasar Privasi yang telah disemak semula atau yang telah dikemaskini ini.