Istilah "data peribadi" bermaksud sebarang maklumat, sama ada direkodkan dalam bentuk material atau tidak, dan dengan maklumat lain, dari mana seseorang itu dapat dikenalpasti atau boleh dikenalpasti.
Kami mungkin akan mengumpul data peribadi yang berikut daripada anda:
(a) Data identiti, seperti nama, kewarganegaraan, jantina, tarikh lahir, data biometrik, gambar anda; (b) Data perhubungan, seperti alamat pengebilan, alamat penghantaran, alamat e-mel, dan nombor telefon; (c) Data akaun, seperti perincian bank dan kad kredit/debit, e-dompet, perincian pembayaran, maklumat kewangan dan maklumat pekerjaan; (d) Data transaksi, seperti cara pembayaran, perincian mengenai pembayaran kepada dan daripada anda, dan perincian lain mengenai barang, produk dan/atau perkhidmatan yang anda telah beli atau perolehi daripada atau melalui kami; (e) Data teknikal, seperti alamat protokol internet (IP), data log masuk anda, jenis dan versi pelayar, tetapan dan lokasi zon waktu, jenis dan versi pemalam pelayar (plug-in), sistem operasi dan platform, pembawa mudah alih, URL, dan teknologi(-teknologi) lain di peranti yang anda gunakan untuk mengakses Platform dan/atau Perkhidmatan tersebut. (f) Data profil, seperti nama pengguna dan kata laluan, pembelian atau pesanan yang dibuat oleh anda, minat, pilihan, maklumbalas dan respons tinjauan anda; (g) Data lokasi, seperti koordinat GPS atau maklumat geografi yang serupa dari komputer atau peranti mudah alih anda; (h) Data penggunaan, seperti maklumat mengenai cara anda menggunakan Platform dan/atau Perkhidmatan; dan/atau (i) Data pemasaran dan komunikasi, seperti pilihan keutamaan anda untuk menerima komunikasi pemasaran daripada kami dan pihak ketiga kami dan pilihan keutamaan komunikasi anda.
Jenis data peribadi yang dikumpul bergantung kepada tujuan pengumpulan. Kami boleh memproses data peribadi anda dengan mengumpul, merakam, mengubah, memegang, menyimpan, memindah, memadam, membetulkan, memulihkan, memusnahkan, menyelaras, menggabungkan, mendedahkan dan/atau menghapuskannya.
Data peribadi anda boleh dikumpul daripada anda semasa anda berurusan dengan kami dalam apa jua cara atau kaedah termasuk berdasarkan sebarang transaksi dan/atau komunikasi yang dibuat daripada/dengan kami. Kami juga boleh mengumpul data peribadi anda dari pelbagai sumber, termasuk tanpa batasan kepada situasi- situasi yang berikut:
(a) Apabila anda mendaftar suatu akaun dengan kami; (b) Apabila anda menghantar sebarang borang kepada kami, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) borang permohonan atau borang pendaftaran, sama ada dalam talian atau melalui borang fizikal; (c) Apabila anda memasuki kepada sebarang transaksi atau membekalkan dokumentasi atau maklumat lain berkenaan dengan pengaturan anda dengan kami; (d) Apabila anda menggunakan mana-mana ciri atau fungsi yang terdapat di Platform dan/atau Perkhidmatan tersebut; (e) Apabila anda menggunakan produk, perkhidmatan, penerbitan atau cagaran pemasaran kami atau Pedagang kami; (f) Apabila anda menyertai mesyuarat, acara, aktiviti peraduan, aktiviti promosi, program kesetiaan atau tinjauan; (g) Apabila anda mengikuti, menyukai atau menjadi peminat laman media sosial Fave; dan/atau (h) Sumber dan direktori awam lain yang sedia ada.
Di samping itu, kami juga boleh menerima, menyimpan dan memproses data peribadi anda yang dibekalkan atau disediakan oleh mana-mana pihak ketiga yang mana anda telah memberikan kebenaran, badan rujukan kredit/pelapor, pihak pengawal selia dan penguatkuasa undang-undang, atas sebab-sebab termasuk penyampaian Perkhidmatan kami, pelaksanaan syarat-syarat perjanjian kami dan/atau untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang dan peraturan kami.
Anda mestilah hanya mengemukakan data peribadi yang tepat dan yang tidak mengelirukan, dan anda mesti sentiasa mengemas kininya dan memaklumkan kami mengenai sebarang perubahan. Kami berhak untuk meminta dokumentasi bagi mengesahkan data peribadi yang anda berikan sebagai sebahagian daripada proses pengesahan kami.
Sekiranya anda membekalkan data peribadi mana-mana pihak ketiga kepada kami, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda telah memperoleh persetujuan yang sewajarnya daripada pihak ketiga tersebut untuk berkongsi dan memindahmilik data peribadi beliau kepada kami, dan untuk dikumpul, digunakan, dan didedahkan oleh kami selaras dengan Dasar Privasi ini.