Kami berkomited untuk memastikan bahawa data peribadi anda akan disimpan dengan selamat. Bagi mengelakkan akses yang tidak diberikuasa, pendedahan atau risiko-risiko lain yang serupa, kami berusaha sedaya upaya, sebagaimana yang boleh dilaksanakan secara komersial, untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, fizikal, elektronik dan prosedur yang bersesuaian selaras dengan undang-undang, peraturan dan piawaian industri untuk melindungi dan mencegah pemprosesan yang tidak diberikuasa atau tidak sah terhadap data peribadi anda, dan pemusnahan, atau kehilangan yang tidak disengajakan, kerosakan kepada, pengubahan, pendedahan atau akses kepada data peribadi anda yang tidak diberikuasa.
Kami akan membuat pengemaskinian yang wajar kepada langkah-langkah keselamatan kami dari semasa ke semasa dan memastikan pihak ketiga yang diberikuasa hanya menggunakan data peribadi anda bagi Tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Walau apa pun, kami tidak boleh dan tidak akan dipertanggungjawabkan bagi tindakan atau kegagalan untuk bertindak pihak ketiga berkenaan dengan data peribadi anda.
Internet bukan suatu medium yang selamat. Walau bagaimanapun, kami akan melaksanakan pelbagai prosedur keselamatan yang wajar berkenaan dengan Platform dan komunikasi elektronik yang anda guna untuk berhubung dengan kami. Semua pekerja dan pemproses data kami, yang mempunyai akses kepada, dan yang berkaitan dengan pemprosesan data peribadi anda, adalah wajib untuk menghormati kerahsiaan data peribadi anda.
Malangnya, tiada penghantaran data melalui Internet atau rangkaian tanpa wayar boleh dijamin adalah 100% selamat. Walaupun kami mengambil langkah praktikal komersial untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak boleh dan tidak menerima tanggungjawab bagi sebarang akses yang tidak diberikuasa, pemintasan yang menyalahi undang-undang atau kehilangan data peribadi yang dihantar ke atau daripada Fave dan tidak bertanggungjawab bagi tindakan pihak ketiga yang mungkin menerima data peribadi tersebut.