10. Data Peribadi Daripada Kanak-Kanak Dan Individu Lain
Setakat mana anda telah bekalkan (atau akan membekalkan) data peribadi mengenai ahli keluarga anda, pasangan anda, tanggungan–tanggungan lain (jika anda adalah seorang individu), pengarah, pemegang saham, pekerja, wakil, ejen (jika anda adalah syarikat, entiti atau sebuah organisasi) dan/atau individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan dibekalkan kepada, dan diproses oleh, kami dan anda menyatakan dan memberi jaminan bahawa anda telah memperoleh persetujuan mereka kepada pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka selaras dengan Dasar Privasi ini.
Berkenaan dengan kanak-kanak (iaitu individu di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur dewasa untuk memberi persetujuan menurut undang-undang yang terpakai di negara anda) atau individu yang tidak mempunyai kemampuan undang-undang untuk memberikan persetujuan, anda mengesahkan bahawa anda adalah ibu bapa atau penjaga undang-undang atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa terhadap mereka atau orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan hal ehwal mereka atau bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka, untuk memberikan persetujuan bagi pihak mereka kepada pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka selaras dengan Dasar Privasi ini.