Anda mengakui bahawa pembekalan data peribadi anda kepada kami melalui Internet adalah sepenuhnya di bawah risiko anda sendiri.
Anda juga mengakui bahawa sekiranya anda menyiarkan penilaian dan/atau ulasan anda di Platform, penilaian dan/atau ulasan anda akan menjadi maklumat awam dan akan dikekalkan oleh kami walaupun selepas akaun anda telah ditamatkan. Alamat e-mel dan nombor telefon anda tidak akan dapat dilihat oleh orang lain melalui penilaian dan/atau ulasan yang anda siarkan.
Sekiranya mana-mana bahagian Platform menghubungkan anda ke laman web yang lain, laman web tersebut tidak beroperasi di bawah Dasar Privasi ini dan kami tidak menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti yang berbangkit daripada laman web-laman web tersebut. Kami mencadangkan anda supaya membaca dan memahami dasar privasi laman web tersebut sebelum anda membekalkan data peribadi anda ke laman web tersebut.
Kami menggunakan kuki (suatu pengecam alfanumerik yang kami pindahkan ke cakera keras komputer atau peranti mudah alih anda supaya kami dapat mengenali pelayar web atau peranti mudah alih anda, menjejak lawatan anda ke Platform atau mengingati nama pengguna dan/atau kata laluan anda setiap kali anda log masuk) untuk memantau penggunaan Platform oleh anda.Semua data demografi yang dikumpulkan melalui kuki bukan merupakan data peribadi dan kami boleh menggunakan data ini dalam bentuk teragregat, berstatistik dan/atau awanama. Anda boleh menghentikan fungsi kuki dengan mengubah pengesetan pada pelayar web atau peranti mudah alih anda, walaupun ini mungkin bermaksud bahawa ciri tertentu di Platform tidak akan berfungsi dengan baik jika anda menetapkan pelayar web atau peranti mudah alih anda untuk tidak menerima kuki.
Selain menggunakan kuki dan teknologi berkaitan seperti yang dihuraikan di atas, kami juga akan membenarkan syarikat pihak ketiga yang tertentu untuk membantu kami untuk menyesuaikan iklan yang kami rasa pengguna akan berminat dan menggunakan data lain mengenai aktiviti-aktiviti pengguna di Platform dan/atau Perkhidmatan kami (misalnya, untuk membolehkan mereka untuk menyesuaikan iklan dalam perkhidmatan pihak ketiga). Syarikat-syarikat ini boleh menyiarkan iklan yang mungkin juga akan menempatkan kuki dan menjejak tingkah laku pengguna.
Harap maklum bahawa apabila anda memasang aplikasi mudah alih kami untuk pertama kali di peranti mudah alih anda, kami akan mencipta satu akaun yang berkait dengan peranti mudah alih tersebut ("Akaun").Kami akan mengumpul dan menggunakan data peribadi anda, selaras dengan Dasar Privasi ini, bilamana anda mengaktifkan aplikasi mudah alih kami dalam peranti mudah alih tersebut.Penggunaan ini merangkumi perhubungan data peribadi anda dengan Akaun anda. Kebanyakan platform mudah alih (iOS, Android, dan sebagainya) mempunyai sistem pemerolehan kebenaran yang berbeza untuk mendapatkan persetujuan anda. Platform iOS akan memberi amaran kepada anda pada kali pertama aplikasi mudah alih kami meminta keizinan untuk mengakses jenis data tertentu dan akan memberi pilihan kepada anda untuk bersetuju (atau tidak bersetuju) kepada permintaan tersebut. Peranti Android akan memberi makluman kepada anda berkenaan kebenaran yang diminta oleh aplikasi mudah alih kami sebelum penggunaan pertama aplikasi mudah alih anda, dan penggunaan anda akan dianggap sebagai persetujuan anda.
Platform boleh berintegrasi dengan ciri perkongsian sosial dan alat lain yang berkaitan yang membolehkan anda berkongsi maklumat dengan rakan anda atau orang ramai, bergantung kepada pengesetan yang anda buat dengan rangkaian perkongsian sosial.Penggunaan data peribadi oleh rangkaian peribadi sosial yang disediakan oleh Fave adalah dikawal oleh dasar privasi rangkaian perkongsian sosial dan, bukan oleh Dasar Privasi ini. Dengan menyambungkan akaun rangkaian perkongsian sosial anda melalui Platform, anda bersetuju bahawa kami boleh mengumpulkan data peribadi anda dari akaun rangkaian perkongsian sosial anda hanya dalam keadaan yang selaras dengan pengesetan privasi yang telah anda tetapkan di bawah akaun rangkaian perkongsian sosial anda dan bagi Tujuan yang dinyatakan di bawah ini Dasar Privasi ini.
Kami boleh secara automatik menerima, merekod dan menyimpan maklumat perkhidmatan lokasi daripada komputer atau peranti mudah alih anda semasa anda berinteraksi dengan kami. Anda dengan ini bersetuju kepada penggunaan maklumat perkhidmatan lokasi awanama yang kami kumpulkan daripada anda. Di mana maklumat perkhidmatan lokasi dapat dikenal pasti secara peribadi, kami akan memberi anda pilihan untuk menguruskan pendedahan maklumat tersebut. Bergantung kepada fungsi komputer atau peranti mudah alih anda, anda mempunyai manfaat daripada pilihan lanjutan untuk menguruskan maklumat perkhidmatan lokasi. Komputer atau peranti mudah alih mungkin melaporkan lokasi GPSnya pada saat anda berinteraksi dengan kami sekiranya pengesetan perkhidmatan lokasi diaktifkan. Maklumat tersebut tidak akan dikenal pasti sebagai data peribadi, kecuali di mana kami diperlukan untuk berbuat sedemikian di bawah undang-undang yang terpakai.
Pengumpulan maklumat lokasi komputer atau peranti mudah alih anda oleh kami adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara anda. Anda boleh mengaktifkan atau menghentikan perkhidmatan lokasi semasa anda menggunakan Platform pada bila-bila masa, melalui pengesetan komputer atau pengesetan peranti mudah alih anda. Sekiranya anda menggunakan Platform apabila perkhidmatan lokasi diaktifkan, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penyebaran maklumat lokasi komputer atau maklumat lokasi peranti mudah alih anda melalui Platform oleh kami, seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Dalam keadaan apa pun, kami tidak akan bertanggungjawab bagi tuntutan atau kerosakan daripadanya, yang berbangkit daripada keputusan anda dalam membenarkan pengguna lain untuk melihat maklumat lokasi komputer atau maklumat lokasi peranti mudah alih anda, seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.